Banyak petanda jalan diletak di tempat yang kurang strategik dan amat membazirkan
Kadang-kadang Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memang buat saya bengang dengan prestasi kerja yang tidak masuk akal. Selama tiga tahun saya kempen baru bonggol dibuang. Dalam masa ini, saya banyak fokus ke atas prestasi kerja MPS. Bukan saja jalan-jalan sehala yang dibuatnya, dan menyebabkan kesesakan di Aman Puri. Sepatutnya plan trafik yang baik adalah until penyebaran trafik (dispersal of traffic) dan bukannya dibiarkan trafik beredar dalam jalan-jalan sehala (circulating within the few one-way streets). Misalannya di persimpangan Jalan Wangsa Utama, Jalan Wangsa 1/2 dan Persiaran KIP 2. Apabila Jalan Wangsa Utama dijadikan jalan sehala, trafik kena ikut Jalan Wangsa 1/1, Jalan Wangsa 1/2 sebelum boleh keluar. Oleh kerana Persiaran KIP 2 memang sesak di sebelah pagi, bertambahnya trafik di sepanjang Jalan Wangsa 1/2, maka kesesakan trafik lebih teruklah! Sebenarnya kesesaka...