Pondok Telefon Terbiar Lebih 20 Tahun: Sampai Bila Hendak Dibiarkan?
Selamat datang ke Malaysia — negara yang semakin maju dalam teknologi digital, tetapi masih membiarkan pondok telefon usang, kotor dan berkarat menghiasi ruang awam! Di sana sini, kita masih melihat pondok telefon yang sudah tidak digunakan selama puluhan tahun. Cat mengelupas, struktur berkarat dan kotoran yang menebal menjadikannya pemandangan yang menyedihkan. Lebih malang, struktur ini terus mengambil ruang di kaki lima dan kawasan awam yang sepatutnya dimanfaatkan oleh masyarakat. Suatu ketika dahulu, telefon awam merupakan kemudahan penting. Namun, zaman telah berubah. Telefon pintar dan teknologi komunikasi moden telah mengambil alih peranannya. Jadi, mengapa pondok telefon yang tidak lagi berfungsi masih dibiarkan di situ selepas lebih 20 tahun? Siapa yang bertanggungjawab? Syarikat telekomunikasi yang memasang atau mengendalikan kemudahan tersebut, termasuk Telekom Malaysia (TM) jika berkenaan, perlu bertanggungjawab terhadap aset lama mereka. Jika pondok telefon tidak l...