Di mana Reformasi di Negeri Selangor selama 20 tahun ini?

 

Saya yang minta petak kuning dibuat di sini.



Tapi ini dibuat oleh MPS di dua tiga persimpanan….


Kecuali yang ini diabaikan. Bukankah ini persimpangan yang saya minta dibuat petak kuning?


Ketua jurutera MPS memberi jawapan :
Sepatutnya pemantauan dibuat terhadap staf supaya ini tidak berlaku. Ketua Jurutera kena beri arahan semula:

Akhirnya buat pada Julai 22, 2025, saya diberitahu rakan saya, MPS akhirnya buat kali kedua.






Saya nak tanya ahli exco Kerajaan negeri Selangor Ng Suee Lim kenapa kerja perlu dibuat dua kali baru selesai. 

Adakah ini menelan perbelanjaan lebih bila kontraktor dilantik buat semula kerjanya? Garisan kuning itu terpaksa dicat semula dengan cat hitam.

Kenapa staf MPS boleh lupa buat dekat satu persimpangan tapi yang lain dibuat?




Bukan saja kes ini, tapi banyak kes lain yang tidak didokumenkan selama ini.

Yang dapat didokumenkan adalah: 

1) beberapa bonggol ini yang menjadi masalah kepada penduduk. YB Subang Jaya, Michelle Ng dihantar oleh YB Ngeh Koo Ham turun tapak walaupun ini bukan kawasan beliau. Ini disebabkan aduan kepada Tony Pua, Ng Sze Han dan MB Amiruddin Shaari semuanya dia saja. 

Sepatutnya mantan ahli majlis Ng Wei Keong lantikan Tony Pua yang patut selesaikan masalah ini. Kerana dia, seperti ahli majlis sekarang Calvin Cheong enggan menyelesaikan masalah ini, maka masalah ini dibawakan kepada ahli dewan undangan negeri, ahli parlimen, Ahli Exco dan MB. 

Barulah saya sedar selama 20 tahun ini, kerajaan negeri Selangor seperti dulu. Penggal pertama di bawah Khalid Ibrahim nampak ada perubahan kerana lantikan ahli-ahli majlis yang gigih berusaha, tapi selepas itu, semua lantikan baru tidak tertumpu kepada masalah tapi bermain politik tempatan.

Calvin Cheong suruh saya dapat 50 tandatangan sebelum dia perbaiki bonggol yang bermasalah. 

Akhirnya buat juga selepas Gobind menjadi ahli parlimen. 

https://majlis-perbandaran-selayang.blogspot.com/2023/02/special-thanks-to-gobind-mp-of-damansara.html

Pada hari itu juga saya beritahu Gobind dua bonggol lagi perlu diselenggara, tapi dia kata akan buat susulan. Tapi janji tidak ditepati. 

Dua tahun berlalu, masih tidak ada tindakan, 

https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2024/05/sdr-gobind-kalau-dah-tak-nak-dengar.html?m=1

dan perkara ini terpaksa dibawa ke pihak atasan sehingga Ketua Setiausaha, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri selepas aduan kepada Biro Pengadua Awam Selangor (BPA) dan kemudiannya BPA Putrajaya tidak efektif langsung.

Lihat sikap YDP baru: https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2024/10/kenapa-saya-buka-balik-blog-ini.html?m=1 Berbanding dengan MBPJ mahupun Tuan Pengarah Lanskap MPS, saya tidak ada masalah kerana mereka menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah penduduk setempat. 

https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2025/07/terimakasih-tuan-mokhtar-affandi.html?m=1

Barulah masalah ini akhirnya selesai 

https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2025/06/biar-ini-menjadi-satu-pengajaran-untuk.html?m=1

Tapi satu lagi masalah muncul - samada sengaja atau tidak, saya jemput YB-YB sekalian turun tapak. 

Jika tidak lihat peta dalam blog ini pun cukup: 

https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2025/05/untuk-perhatian-ahli-parlimen-damansara.html?m=1

Satu permintaan ikhlas saya juga tidak dihiraukan sehingga ini. Di sini MPS menggunakan alasan Persatuan penduduk untuk tidak memperbaiki atau membuang bonggol yang bermasalah. Mereka suka bonggol,tapi bila saya terangkan masalah bonggol di tituk buta, sehingga sekarang tidak dibuat. 

Untuk jalan sehala yang dibuat oleh MPS, Persatuan pula menuding jari pada ahli majlis.untuk bonggol yang saya sudah minta sejak zaman Khairuddin, jerua jurutera kata akan rujuk kepada YDP. Saya tahu ini tidak akan berlaku, jadi kalau berlaku apa-apa kemalangan, ini akan menjadi berita hangat. 

https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2025/07/enough-evidence.html?m=1

Masalah semua ini disebabkan oleh sikap sesetengah orang di peringkat Majlis dan kerajaan negeri. Sekarang ini, Ng Suee Lim dan Amiruddin lebih tertumpu terhadap penswastaan parkir dengan konsesi selama 10 tahun, serta masalah hutan simpanan di Bukit Lagong dan insinerator di Batu Arang, walaupun rakyat Selangor yang terlibat telah membantah sekuat-kuatnya.  


 



Comments

Popular posts from this blog

Tales of a failed state: It's ordinary citizens who have to suffer

MPS, ikut petikan dari Guru Kualiti Bill Crosby "Do it Right the First Time"

Buat aduan, peringkatkan prestasi kawasan di bawah MPS