Buat aduan, peringkatkan prestasi kawasan di bawah MPS
https://pcb.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Harap dapat bersama-sama membuat aduan dan dimasukkan dalam SISPAA https://pcb.spab.gov.my/eApps/system/index.do secara rasmi supaya dipastikan MPS akan membuat kerja mereka. Seorang saja tidak cukup untuk memastikan kawasan kita terjaga dengan baik.
Ini jawapan yang diterima menerusi Biro Pengaduan Awam selepas aduan dibuat menggunakan SISPAA.
Ruj. Kami : BPA.600-1/03/2025/PCB.336348
Tarikh : 28/04/2025
Pelanggan yang dihormati,
KES PCB.336348 : PAGAR KESELAMATAN (GUARDRAILS) ROSAK TANPA PENYELENGGARAAN DI 44, JALAN WANGSA UTAMA, KEPONG, BATU, GOMBAK
Dimaklumkan bahawa, proses pengurusan maklum balas yang telah dikemukakan oleh pihak pelanggan terdahulu telah selesai dilaksanakan oleh pihak Biro Pengaduan Awam (BPA) dengan kerjasama pihak agensi. Untuk makluman pelanggan, pihak Jabatan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan semakan tapak dan siasatan di lokasi aduan. Susulan itu, jabatan berkenaan telah menyediakan cadangan kerja bagi penggantian pagar keselamatan yang rosak melalui pelantikan kontraktor panel.
Sekiranya pihak pelanggan memerlukan sebarang penjelasan lanjut berhubung perkara ini, pelanggan disarankan untuk menghubungi pihak MPS di talian hotline 1800-222-677/ 03-6126 5800 atau e-mel ke azharulkifle_azizi@mps.gov.my / azrina.abubakar@mps.gov.my / aduanmps@mps.gov.my untuk bantuan segera.
Selain daripada itu, pihak BPA juga ingin memohon kerjasama pelanggan untuk memberi respon Penilaian Star Rating ke atas pengurusan penyelesaian aduan/maklum balas yang telah dilaksanakan oleh pihak BPA dan agensi Kerajaan berkaitan. Proses penilaian boleh dibuat melalui log masuk ke dalam Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di alamat pautan https://pcb.spab.gov.my menggunakan ID Tiket : PCB.336348 dengan melengkapkan ruangan Indeks Kepuasan Pelanggan.
Maklum balas dan perhatian daripada pihak pelanggan berhubung perkara ini amat dihargai didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BIRO PENGADUAN AWAM NEGERI SELANGOR
Jabatan Perdana Menteri
Ini Adalah Cetakan Komputer. Tandatangan Tidak Diperlukan.
Comments
Post a Comment