Di mana Reformasi di Negeri Selangor selama 20 tahun ini?

Saya yang minta petak kuning dibuat di sini. Tapi ini dibuat oleh MPS di dua tiga persimpanan…. Kecuali yang ini diabaikan. Bukankah ini persimpangan yang saya minta dibuat petak kuning? Ketua jurutera MPS memberi jawapan : Sepatutnya pemantauan dibuat terhadap staf supaya ini tidak berlaku. Ketua Jurutera kena beri arahan semula: Akhirnya buat pada Julai 22, 2025, saya diberitahu rakan saya, MPS akhirnya buat kali kedua. Saya nak tanya ahli exco Kerajaan negeri Selangor Ng Suee Lim kenapa kerja perlu dibuat dua kali baru selesai. Adakah ini menelan perbelanjaan lebih bila kontraktor dilantik buat semula kerjanya? Garisan kuning itu terpaksa dicat semula dengan cat hitam. Kenapa staf MPS boleh lupa buat dekat satu persimpangan tapi yang lain dibuat? Bukan saja kes ini, tapi banyak kes lain yang tidak didokumenkan selama ini. Yang dapat didokumenkan adalah: 1) beberapa bonggol ini yang menjadi masalah kepada penduduk. YB Subang Jaya, Michelle Ng dihantar oleh YB Ngeh K...