Tidak Malukah MPS membazir wang rakyat?
Berkarat, apabila diberitahu kepada pihak MPS, patutnya dicat semula tapi apa yang berlaku? Lepas dicabut papan tanda, tinggalkan saja apa yang ada. Pohon pokok dicantas, sama juga ditinggalkan sebegini. Inilah kerja MPS. Takkan tak tahu cat papan tanda boleh dibuat di tempat itu juga! Oh, seolah-olahnya ini tempat yang lebih sesuai untuk papan tanda! Ini bukan hanya mengambil parkir kereta yang sudahpun tidak mencukupi tapi juga akan dilanggar oleh kenderaan besar satu hari nanti Yang Berhormat Menteri, YAB Menteri Besar Selangor, Ahli Exco Kerajaan Negeri. YDP Majlis Perbandaran Selayang dan Ketua Kejuruteraan MPS, Sila lihat sendiri video saya yang diambil pagi ini. Ada sekurang-kurangnya enam atau tujuh papan tanda menunjukkan cara mencari Wangsa Permai yang diletakkan sejak tahun 1998, apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, (sekarang Tan Sri) Azmi Khalid turn padang. Beliau, apa dihubungi, mencari tempat di kawasan Wangsa M...