Tidak Malukah MPS membazir wang rakyat?


Berkarat, apabila diberitahu kepada pihak MPS, patutnya dicat semula tapi apa yang berlaku?


Lepas dicabut papan tanda, tinggalkan saja apa yang ada. Pohon pokok dicantas, sama juga ditinggalkan sebegini. Inilah kerja MPS. Takkan tak tahu cat papan tanda boleh dibuat di tempat itu juga!
Oh, seolah-olahnya ini tempat yang lebih sesuai untuk papan tanda! Ini bukan hanya mengambil parkir kereta yang sudahpun tidak mencukupi tapi juga akan dilanggar oleh kenderaan besar satu hari nanti



Yang Berhormat Menteri, YAB Menteri Besar Selangor, Ahli Exco Kerajaan Negeri. YDP Majlis Perbandaran Selayang dan Ketua Kejuruteraan MPS,

        Sila lihat sendiri video saya yang diambil pagi ini. Ada sekurang-kurangnya enam atau tujuh papan tanda menunjukkan cara mencari Wangsa Permai yang diletakkan sejak tahun 1998, apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, (sekarang Tan Sri) Azmi Khalid turn padang. Beliau, apa dihubungi, mencari tempat di kawasan Wangsa Maju! 

       (1)  Papan tanda diletakkan tetapi di tempat seolah-olahnya papan tanda pun perlukan teduhan dari cahaya matahari. Kemudian siapa yang akan mencantas dahan pokok yang menutup papan tanda itu? 

       (2) Lokasi papan tanda pun tidak di tempat yang sesuai untuk menunjukkan di mana perlu pusing. Papan tanda yang menunjukkan Aman Puri ini sepatutnya diletakkan dekat landasan keretapi (sempadan kawasan MPS dengan MBPJ) dengan menunjukkan beberapa tempat di kawasan ini -- Aman Puri, Wangsa Permai, Wangsa Aman, Taman KIP dan sebagainya. (SUDAH, JANGAN BAZIR LAGI, CUMA PINDAHKAN KE LOKASI YANG SESUAI) 

        (3) Papan tanda bonggol buat apa nak letak dekat 'corner' persimpangan? Siapa akan lihat? Kemudian ditambahkan lagi satu papan tanda menunjukkan bonggol. Siapa yang bayar? 




        (4)  Cuba lihat di mana papan tanda Wangsa Permai Fasa Satu terletak? Di belakang dahan-dahan pokok. MPS akan sentiasa mencantas dahan-dahan pokok ini? 





        (5) Sepatutnya, papan tanda kawasan taman perlu diletakkan di tempat yang strategik untuk dilihat pelawat serta tidak mengganggu trafik atau tempat parkir. Dua-dua papan tanda untuk Fasa 1 juga diletakkan di tempat yang tersembunyi dari dilihat oleh pelawat sehinggalah lebih kurang 500m. Lepas itu, mereka kena masuk dan buat pusing-pusing untuk mencari jalan pula! 



        (6) Bila diberitahu bahawa papan tanda sudah berkarat, seluruh papan tanda dibawa pulang ke MPS untuk dicat. Buat apa? Lepas itu, dipindahkan pula ke Jalan Wangsa 2/6. Pelawat perlu pusing ke jalan ini dari Persiaran KIP 2 baru nampak papan tanda ini. 

        Tolonglah guna sedikit otak yang diberkati Allah. Jangan buat kerja bodoh-bodoh sehingga rakyat biasa seperti saya amat marah dengan MPS kerana pembaziran dana rakyat dan tidak menaiktarafkan fasiliti yang disediakan oleh pihak Majlis. Selalunya kekurangan bajet. 

        Jikalau Kerajaan Perpaduan tidak membuat sebarangan untuk merombak kerajaan negeri dan kerajaan tempatan, apa yang ingin dilakukan oleh Perdana Menteri tidak akan dapat kelihatan di peringkat bawah. 

Click here to see another form of wastage :




 

Comments

Popular posts from this blog

Special Thanks to Gobind, MP of Damansara

Banyak petanda jalan diletak di tempat yang kurang strategik dan amat membazirkan