Skip to main content

Banyak petanda jalan diletak di tempat yang kurang strategik dan amat membazirkan


Kadang-kadang Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memang buat saya bengang dengan prestasi kerja yang tidak masuk akal.

        Selama tiga tahun saya kempen baru bonggol dibuang. Dalam masa ini, saya banyak fokus ke atas prestasi kerja MPS. 

        Bukan saja jalan-jalan sehala yang dibuatnya, dan menyebabkan kesesakan di Aman Puri. Sepatutnya plan trafik yang baik adalah until penyebaran trafik (dispersal of traffic) dan bukannya dibiarkan trafik beredar dalam jalan-jalan sehala (circulating within the few one-way streets). 

        Misalannya di persimpangan Jalan Wangsa Utama, Jalan Wangsa 1/2 dan Persiaran KIP 2. Apabila Jalan Wangsa Utama dijadikan jalan sehala, trafik kena ikut Jalan Wangsa 1/1, Jalan Wangsa 1/2 sebelum boleh keluar. Oleh kerana Persiaran KIP 2 memang sesak di sebelah pagi, bertambahnya trafik di sepanjang Jalan Wangsa 1/2, maka kesesakan trafik lebih teruklah! Sebenarnya kesesakan ini berpunca dari dua lapisan trafik (double lane) dekat Persiaran KIP 2 yang menyebabkan kenderaan tidak keluar dari Jalan Wangsa 1/2, bukannya sebuah dua buah kereta yang keluar dari Jalan Wangsa 1/1. Kalau ingin pertikaikan satu lorong itu disediakan untuk kenderaan masuk kenapa pula tidak membuka lorong kiri? Kenapa guna lorong kanan untuk masuk? Ini taman perumahan koboi ke? Sepatutnya kedua-dua lorong yang di buka supaya orang mudah keluar masuk sepanjang hari. Tidak ada sebab lorong kiri masuk ke Jalan Wangsa Utama ditutup melainkan kerana tidak ada autogate. Jika tidak ada, pindahkan saja autogate yang di pintu keluar. Buat masa ini autogate itu tidak langsung digunakan. 

        Fikir betul-betul. Seperti yang saya telah cadangkan kepada pihak MPS, menerusi ahli majlis Calvin Cheong, dan kepada Pengerusi Persatuan Penduduk, seorang yang bernama Kumar, cara terbaik untuk mengurangkan kesesakan adalah:

(a) Kotak Kuning dekat Persiaran KIP 2. Di mana kotak ini? Kenapa hanya di persimpangan Persiaran KIP 2 dan Jalan Aman dibuat kotak kuning dan bukannya yang saya cadangkan? 

(b) Perlu hanya seorang pengawal sekuriti membantu mengawal trafik keluar dari Wangsa Permai. Ada tiga pengawal dan mereka juga rela membantu sekiranya diminta oleh Pengerusi Persatuan Penduduk. Jikalau ini tidak dibuat, apa gunanya tukar sebahagian Jalan Wangsa Utama lebih kurang 10 meter sebagai jalan sehala? Supaya menyusahkan mereka yang tinggal dekat sini untuk keluar? Persimpangan ini sepanjang hari memanglah tidak sesak, dan jikalau pengawal sekuriti mengawal trafik untuk memberi semua orang peluang keluar, masalah ini akan selesai. 


        Walaupun ini banyak kali dipanjanglebarkan kepada YDP, Perancang dan Kejuruteraan, serta ahli majlis, kerana inilah saya tumpukan lebih perhatian terhadap MPS. Sila lihat sendiri:



        Ada dua petanda jalan dengan nama berlainan: Kawasan Industri Ehsan Jaya dan Kawasan Industri Taman Ehsan. Nama pun hampir mirip, untuk pelawat yang memandu kereta, memang tidak ada sebab berhenti kereta untuk melihat mana tempatnya kerana mudah terkeliru dengan dua nama ini.

        Andaikata saya melihat dari posisi Kenderaan A (lihat gambar di atas), apa yang saya nampak ialah dua petanda. Memang jalan ke hadapan bukannya Kawasan Industri Taman Ehsan lah! Di sebaliknya, itu adalah kawasan perumahan. Takkan MPS tak tahu pula!
Apakah kualiti petanda ini? Kurang setahun dua pun sudah mula tukar warna. Berapa harganya? Ada orang yang odit tak harga petanda-petanda ini?

        Kenapa tak guna sahaja satu petanda jalan dengan DUA plet? Kenapa mesti satu petanda dan satu plet? Siapa yang membiayai perbelanjaan buat petanda-petanda ini? Perancang? Kejuruteraan? YDP sendiri?

        Buatlah petanda yang murah dan berguna seperti yang digunakan di negara-negara Barat tanpa membazir wang dan besi untuk membuat pelbagai corak tetapi tidak mudah dicat balik bila berkarat. Kenapa membazir wang dan tidak dapat pula membuat penyelenggaraan dari masa ke semasa?


        Mudah dipusing oleh budak-budak nakal? Kimpalkan saja. Mudah dilanggar oleh lori? Letak di tempat yang sesuai. 

        Oh, kalau ini tidak cukup, sila baca blog ini pula. 
https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2023/01/public-wastages-must-be-curbed-in.html


YDP Yazid, Ahli Exco Ng Sze Han dan Menteri Besar, Amirudin Shaari, tak pernah turun padang? Sila lihat video ini sendiri bersama Menteri pun cukup dah: 


Oh, banyak lagi! Kerja yang tidak dibuat banyak tahun semuanya perlu dibuat sekarang.  Sila lihat https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/

 

Comments

Popular posts from this blog

Special Thanks to Gobind, MP of Damansara

Tidak Malukah MPS membazir wang rakyat?